Semalam stu ptandingan pentomen tlh diadakan.Emm sonok ar gak psembhan yg tlh dlakukan n yg pnting MULTIMEDIA telah mnjadi juara haha. Nie antara gambar yg aku dh amik(sory ar pic xberapa lawa n x bnyk pon gmbr ms prtandingan)
Bowling , bowling , bowling .... ari tu bersamaan 12/4/2009 iaitu ari ahd lps ktorg sume g men bowling kat Banting bsebelahan dgn the store... Hmm sonok sngt men bowling ari tu walau pon aku tlh kalah ditgn Afi n Rahmat. Ah x pe len kali aku akn busaha utk mng lak huhu...
Emm ari nie teramatla bosan...So aku tlh tido drjam 10.30 pg hggla jam 2.30 ptg. Lama x?? Hahah sgh lm kan. Tu pon nsib baik kwn aku kol klu x mmg aku tido smpai mlm lah jwbnye hahah..Bgn je dr tido akau trs g blk air n amik air tok mask maggie sbb aku lapo hahah tlepas mkn tghari cian aku ahaks tp padan muka lakan sape soh tido bgitu lm kan?? Emm ari gak kwn aku iaitu uda dtg sronok sngt sbb dh lm x jumpe ngan die. Esok lak ktorg akn g kuar tok smbt besday die... So kite enjoy esk haha... k smpai cni lu ar ye tata..
Baru2 nie kt org kene wat modeling tok projek 3d ktorg dgn mngunakan plastesin.Emm mcm2 ragam bntuk patung tu haha adeyg cntik ade yg dh mcm ptung berhala pon de klaka sngt...smpai ptng tu kjap de patah tgn path kaki kepala...hmm mcm la... So jom tgk pic nie ek... Korang nilai la ek...
Hehe ari nie aku beli baju br.. Emm nk kt mhl x la mhl sngt mrh je RM38. Dapat diskaun drpd tokey kdai tu jd la RM34 hehe... Tp bju tu bkn aku bli sndri tp akak aku blikan hehe besela kan x de duit... Nie la baju nye.. Cantik x??
Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd
Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”
ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.
Cinta Sebelum Kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.
Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.
Cinta Selepas Kahwin
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.
Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.
Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang hukum, peraturan mahu pun undang-undang. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah. Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan.
Bercinta kerana simpati dan kasihan. Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.
Melirik kepada jejaka/gadis lain. Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan.
Pura-pura tertarik pada bicara si gadis. Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!
Tidak ingin kalahkan si dia. Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.
Harus sentiasa bersama. Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?>
Rapat dengan sahabat karib si dia. Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalau akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.
Berpura-pura tidak cemburu. Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.
Terlalu menerima sikap si dia. Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.
Memafkan sikapnya yang keterlaluan. Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang ?kurang? itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.
Biarkan si dia membayar. Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!
Nurul Fatihah Bt Ahmad Sabri just call teha
23 to be, gila2, sensitif
masih mencari sape diri ini ^_^
mempunyai 1 happy family sudah kehilangan bonda tersayang :(
Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7
-
“Kau tolong check dia, mengandung ke tak?”
Teringat reaksi Nailah tadi, dia inginkan kepastian, mungkin penilaiannya
salah tadi. Tapi bila dirasa nadi...
Evangelina 4
-
Tubuhnya dihempaskan ke atas sofa berangkai tiga. Dia baring beralaskan
lengan kiri manakala lengan kanan didaratkan di atas dahi. Matanya tepat
memandang ...
'Rumah Baru' a.k.a Wattpad
-
Assalamualaikum...
First.. really really sorry dan betul, blog ni memang dah lama deactivated.
Dan cerita-cerita kat sini pun dah di'draft'kan and ada few ...
STUPIDO IMPIANA ~10~
-
Hari dah lewat petang. Aku masih lagi melepak rumah mak orang. Telefon
dalam beg aku intai acapkali tunggu bila nak bordering. Rin ni, ke manalah
perginya...
BAB 4 : Setia Menunggu
-
BAB 4
Kerana arahan Megat Ehsan waktu sarapan tadi, Elman terpaksa menghantar
Athiya ke rumah mertuanya. Kalau tak disebabkan abahnya, memang dia tak
...
Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[39]
-
Dalam silau-silau cahaya lampu kereta pandangan matanya menangkap pada satu
susuk tubuh yang baru melangkah keluar dari perut kereta yang berhenti
tidak...
.: PerKembaNgan anak ke-3 : M.Aisy Harraz :.
-
*As salam..*
Tiba-tiba terkenang zaman aktif berblogging, zaman si abang long paling
beruntung..
Dari dalam perut lagi si mama, aktif menulis pasal dia..
...
CERITERA AKU DAN CINTA : BAB 13
-
*“SIAL* punya *driver* teksi!” aku marahkan pemandu teksi itu. Kerana akal
pendek, aku tanggalkan kasut dan dilontar ke arah teksi. Tak kena pun.
Teksi tu...
WARNA HATI special episode
-
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
buat semua pembaca blog Desa Itu Indah. lama sudah tidak bersua. sibuk
dengan pekerjaan juga talian internet yang...
-
Assalamualaikum.
SALAM 2015
Lama tak jenguk, tau. So sorry ....
Saja nak tau, ada lagi ke orang jenguk blog ni? Kalau ada, angkat tangan
pleaseee???? Tu...
Yes I Love You 52
-
Yes, I Love You – Bab 52
Rindu hatinya sudah tidak tertahan. Dia tidak dapat menumpukan sepenuh
perhatian kepada kerjanya ketika berada di pejabat. Ada s...
Febri Yoga - Mari Puasa (Hari Kemenangan)
-
Febri Yoga - Mari Puasa (Hari Kemenangan) download lagunya gratis hanya
untuk preview. Jangan lupa untuk memakai lagu tersebut sebagai Nada Sambung
Pribadi...
MAAF SELAMA INI TIDAK PEDULI..
-
MAAF SELAMA INI TIDAK PEDULI
Harga RM30sem/SSWK
Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Email nbkara_ofis@yahoo.com
*Zaida* memberhentikan keretanya di Jala...
Hai!
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku rasa dah gemuk-gemuk belaka tempayan yang aku sediakan untuk menerima
segala sumpahan korang.
Maaf.
Ampun.
Semba...
Kisah Cinta Emelda 3 (END)
-
Mata Emelda terasa berat namun dia tetap memaksa diri membuka mata. Silau
matanya dengan cahaya lampu. Saat penglihatannya pulih, dia perasan Airel
ada d...
Buah Hati ke 2
-
Setahun bersawang rumah kecil ni, akhirnya ada juga buah hati yang bakal
melihat dunia April ini...
Kisah biasa yang diharapkan mampu menghiburkan hati s...
-
As-Salam Adoiyaiii... dah lama betol x update sebarang e-novel kat sini.
aduhhhh makin berkepuk debu kat sini kan..kan.. bila nak ada entry baru...
bila na...
Kurelakan Kasihmu 15, 16 & 17
-
“APA? Betul ke apa yang saya dengar ni, Cik Najwa?” soal Irfan Naufal
seakan tidak percaya. Baru sahaja Adnin Najwa memberitahu bahawa dia
bersetuju ka...
Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
-
Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di POPULAR - Rujukan Akhbar
Berita Harian 24 Februari 2012PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf
langsung ti...
Diulit DOSA CINTA...34
-
*BAB 34*
“Macam mana Nuar? Aku tak boleh tunggu lama ni, ada urusan nikah di tempat
lain pulak” ujar Pak Imam yang mula bosan menunggu.
“Eerr…maafkan ki...
Aku tau la ko dot dot dot
-
Assalamualaikum...
wallaweyh...da 3 ari x update belog aku nie..sesungguhnya aku sangat la bz
dengan jemputan-jemputan berbuka pose..da cam artis kan aku...
Pahang!!!! Tunggu kehadiranku~~~
-
*Assalamualaikum..*
Huahua entry bunyik macam nak gi bercuti ke Pahang je kan.Sebenarnya
*TIDAK!!*! Nak tahu kenapa aku akan ke *Pahang*?
Sebab..............
Semakan Nama Pelatih PLKN Siri 9 Sesi 2011/2012
-
Kepada adik2 yang lahir pada tahun 1994, bolehlah check nama anda di
www.khidmatnegara.gov.my
ataupun melalui sms
PLKN SEMAK no. ic
hantar ke 15888
ka...
lamanyer...
-
" moga rasa kaseh dan sayang sentiasa tersemai dengan subur dalam sanubari
kita"
lamanyer aku x jenguk rumah aku nih...sunyi sepi.. bermakna sume khayalan ...
Sinopsis
-
Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu
mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam
terus-...
MENGERTILAH CINTA INI: part 55
-
“Macam mana? Ada apa-apa berita tentang mereka berdua tu?” sapa Puan Sri
Khadijah. Rasa bimbang masih tidak mampu untuk diusir dalam dirinya. Hampir
sehari...
EGOKU vs KASIHNYA 14
-
" Ya ALLAH...ira!!!"
sepantas kilat khairul mengemaskan lagi pegangannya. Ira shazira berada
kemas dalam pelukan khairul ilham syah.
Tergamam kedua-...
Sinopsis Siapakah Di Hatiku
-
*"INGIN* bertanya pada hati, bibir berat berbicara... siapa yang bertakhta
di hati? Hanya dia..."
Kata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji ...